Saturday 17 November 2012

Logo Kerajaan



Pentadbiran kerajaan terdiri daripada beberapa kementerian. Di bawah setiap kementerian terdapat pula beberapa jabatan yang berlainan fungsi. Setiap kementerian dan jabatan memiliki logo tersendiri yang mempunyai pelbagai maksud. Sesiapa yang sering berurusan dengan jabatan kerajaan pasti perasan dengan logo jabatan berkenaan.

Adakah anda mengenali logo setiap kementerian dan jabatan kerajaan?

Uji pengetahuan anda dengan menjawab kuiz ini?

Selamat mencuba & semoga berjaya!

Download link: Logo Kerajaan

Pelakon Komedi



Tutur kata dan tingkah laku mereka di dalam sesebuah persembahan, sitcom, drama mahupun filem sering dinantikan. Itulah dia pelakon komedi yang sering membuatkan penonton tidak kering gusi dan terhibur dengan lawak dipersembahkan. Di Malaysia terdapat ramai pelakon komedi yang diminati penonton.

Adakah anda mengenali semua pelakon komedi di Malaysia?

Download dan jawab!

Download link: Pelakon Komedi

Model Kereta


Apakah ciri-ciri kereta idaman anda? Untuk membeli sesebuah kereta ramai yang memilih kereta yang harganya mampu milik, rekabentuk yang menarik, berkualiti dan berkuasa. Apa pilihan anda? Di Malaysia terdapat banyak model kereta yang menjadi pilihan ramai.

Adakah anda mengenali semua model kereta di Malaysia?

Uji pengetahuan anda dengan menjawad kuiz ini.

Selamat mencuba!

Download link: Model Kereta

Pelakon Wanita 2


Keayuan dan keanggunan mereka memukau penonton untuk menonton sesebuah drama atau filem. Mereka membuat sesebuah drama atau filem itu lebih menarik dan beremosi. Di Malaysia telah ramai pelakon wanita yang mewarnai lagi industri filem negara. Siapakah pelakon wanita masa kini yang anda minati?

Teka nama pelakon wanita yang tertera?

Semoga berjaya!

Download link: Pelakon Wanita 2

Jackie Chan


Jackie Chan dalah salah satu nama yang terkenal dalam filem kung fu dan aksi di seluruh dunia, khususnya untuk gaya perlawanan akrobatik, pengaturan masa yang lucu, serta penggunaan alatan yang termasuk perabot dan benda-benda set sebagai senjata reka ganti. Beliau yang sendiri melakukan banyak lagak ngeri dalam filemnya telah muncul dalam melebihi seratus buah filem, dan merupakan salah satu bintang filem Asia yang paling terkenal di seluruh dunia. 

Adakah anda peminat Jackie Chan dan tahu semua filem lakonan beliau?

Teka filem lakonan Jakie Chan dengan menjawab kuiz ini.

Selamat berjaya!

Downdload link: Jackie Chan

Sunday 11 November 2012

Pemain Selangor


Persatuan Bola Sepak Selangor (Selangor Football Association-Selangor FA) atau lebih dikenali sebagai Selangor adalah sebuah persatuan bola sepak profesional mewakili negeri Selangor Darul Ehsan, bertanding dalam Liga Malaysia. Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah AlamStadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 25x di stadium ini .

Selangor yang telah berjaya memenangi 32 gelaran juara Piala Malaysia, 7 gelaran juara liga divisyen 1, 2 gelaran juara liga divisyen 2, 5 gelaran juara Piala FA Malaysia, dan 8 gelaran juara perlawanan sumbangsih atau Perisai Sultan Haji Ahmad Shah, sekali gus menjadikan Selangor sebagai pasukan yang paling banyak menjuarai apa-apa jua piala kejuaraan tempatan dan segala rekod kejuaraan ini masih dipegang oleh pasukan Selangor hingga kini. Ini menjadikan Selangor selaku pasukan paling berjaya dalam Liga Malaysia, sekali gus juga menjadi pasukan yang paling dicemburui oleh hampir keseluruhan penyokong pasukan-pasukan bola sepak negeri yang lain.


Kuiz ini khusus untuk semua peminat pasukan Selangor dan peminat bola sepak tanahair.


Adakah anda mengenali semua pemain yang telah bermain untuk pasukan Selangor?


Download & jawab.


Semoga berjaya.


Download Link: Pemain Selangor

Akademi Fantasia



Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang dipanggil pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.
Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang paling tinggi ditonton di Astro Ria. Lagu tema bertajuk "Menuju Puncak" dicipta oleh Juwita Suwito, adik perempuan kepada komposer, Aubrey Suwito.
Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.
Adakah anda mengenali semua pelajar-pelajar yang telah menyertai Akademi Fantasia?
Uji pengetahuan anda dengan menjawab kuiz ini.
Peminat tegar AF mesti boleh jawab semua dengan betul.
Download Link: Akademi Fantasia

Logo Kereta


Kereta adalah salah satu kenderaan yang perlu dimiliki oleh semua orang untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan pantas. Industri automobil sentiasa setiasa berkembang pesat mengikut peredaran zaman. Kita boleh memilih untuk membeli kereta mengikut kesesuaian, rekabentuk, spesifikasi dan model kereta yang sukai.

Di dunia ini terdapat banyak pengeluar kereta yang mampu memenuhi permintaan pelangan. Malaysia juga mempunyai syarikat pengeluar sendiri seperti Proton dan Perodua.

Adakah anda mengenali semua syarikat pengeluar kereta di dunia ini?

Uji pengetahuan anda dengan menjawab kuiz "Logo Kereta".

Semoga berjaya.

Download link: Logo Kereta

Monday 24 September 2012

Pelakon Lelaki


Pelakon lelaki memainkan peranan penting bagi menjayakan sesebuah filem atau drama. Samaada sebagai hero atau pelakon pembantu, kemunculan pelakon lelaki memang dinantikan. Dengan wajah yang tampan dan bakat yang menyerlah mampu menarik minat penonton untuk melihat filem atau drama yang dilakonkan oleh mereka. Dari dulu hingga kini Malaysia telah banyak melahirkan pelakon lelaki yang berbakat besar.

Adakah anda mengenali kebanyakkan pelakon lelaki di Malaysia?

Uji pengetahuan anda...

Download & jawab.. semoga berjaya.

Download link: Pelakon Lelaki

Saturday 15 September 2012

Pulau Pinang



Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.
Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.
Banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Adakah anda pernah melawat Pulau Pinang?
Uji pengetahuan anda tentang tempat-tempat menarik di Pulau Pinang.
Macam biasa... Download & jawab...
Kongsikan juga kuiz ini dengan rakan-rakan lain.. tengok siapa lebih terror.
Download link: Pulau Pinang

Kebudayaan Malaysia


Kuiz khas sempena sambutan Hari Malaysia.

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah MelayuCina dan India. Setiap kaum mempunyai kebudayaan yang menjadi tradisi sesebuah kaum dan alat-alat muzik yang tersendiri. 

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendangserulinggong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada ThaiIndia, dan Portugis.

Adakah anda mengenali kebudayaan setiap kaum di Malaysia?

Uji pengetahuan anda..

Download & jawab.

Semoga berjaya & Selamat Hari Malaysia.

Download link: Kebudayaan Malaysia

Filem Melayu


Filem atau wayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun industri perfileman secara umum. Perkatan 'filem' datangnya dari filem fotografi yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak, dipanggil pita filem.

Industri filem di Malaysia semakin pesat membangun. Walaupun tidak sehebat Hollywood & Bollywood, namun begitu filem yang dihasilkan tetap berkualiti. Ramai pelakon-pelakon yang menjadi tonggak kejayaan sesebuah filem.

Adakah anda seseorang yang mengikuti perkembangan filem Melayu? Pasti anda mengingati dan mengetahui judul filem yang dipaparkan.

Uji pengetahuan anda...

Download & jawab.

Semoga berjaya...

Download link: Filem Melayu

Friday 17 August 2012

Lagu Raya


Menjelang hari raya, umat islam sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Untuk merasai dan meningkatkan kemeriahan di hari raya, lagu-lagu raya dimainkan. Pelbagai jenis lagu raya menjadi pilihan seperti lagu-lagu raya lama yang evergreen atau lagu-lagu raya baru yang segar.

Adakah anda mengetahui lagu-lagu raya di Malaysia?

Download dan jawab.

Semoga berjaya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaff zahir dan batin.

Download link: Lagu raya 1

Download link: Lagu raya 2

Wednesday 8 August 2012

Atlet Malaysia


Sejak dari dulu hingga kini, Malaysia telah melahirkan ramai atlet yang berjaya di dalam bidang sukan masing-masing dengan menngecapi prestasi yang cemerlang dan kejayaan yang gemilang samada di peringkat negara, asia tenggara, asia mahupun dunia.. Dengan penat lelah, semangat dan laungan "Malaysia Boleh!" mereka mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia.

Adakah anda mengenali mereka?

Download & jawab.

Semoga Berjaya.

Download link: Atlet Malaysia

Sunday 22 July 2012

Logo Super Heroes & Comics



Adiwira (juga adi wirabahasa Inggerissuperhero) ialah sejenis watak fiksyen yang dikenali dengan penunjukan keberanian dan kemuliaan serta sering mempunyai nama dan kostum berwarna serta kebolehan yang tidak ada pada manusia biasa.


Mengikut kebanyakan definasi, watak-watak sedemikian tidak perlu betul-betul mempunyai kuasa luar biasa agar bergelar adiwira, sungguhpun kadang-kadang istilah seperti costumed crimefighters (pembasmi jenayah berkostum) dipakai untuk merujuk kepada sesiapa tanpa kuasa-kuasa sedemikian namun sebaliknya mempunyai ciri-ciri biasa adiwira yang lain.


Adakah anda mengenali logo super hero & comic?


Download & jawab.


Semoga berjaya.


Download link: Logo Super hero

Masjid



Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.


Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.


Adakah anda mengetahui nama-nama masjid di Malaysia?


Download & jawab.


Semoga berjaya.


Selamat berpuasa


Download linkmasjid

Thursday 5 July 2012

Kumpulan Search



Search ialah sebuah band muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, band ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kumpulan rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an.


Adakah peminat setia kumpulan Search?
Jika Ya... anda pasti tahu semua lagu-lagu kumpulan Search.


Download & jawab...


Download link: Search

Logo



Logo melambangkan identiti sesebuah syarikat atau organisasi. Setiap logo mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dari segi rekabentuk, warna dan maksudnya. Terdapat berbagai-bagai logo yang selalu dilihat di Malaysia.


Adakah anda mengecam logo-logo tersebut?


Kenal pasti logo yang tertera.


Download & jawab..


Download link: Logo

Melaka



Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air. Ia dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Banyak tempat-tempat menarik yang mesti dilawati di Melaka.


Adakah anda mengetahui semua tempat menarik di Melaka?


Kuiz ini khas untuk orang Melaka dan mereka yang pernah melawati Melaka negeri kelahiran Hang Tuah itu.


Download dan jawab.


Download link: Melaka

Monday 2 July 2012

Pelakon Wanita



Pelakon wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan filem & drama. Samaada sebagai heroin atau pelakon tambahan, pelakon wanita dapat menarik minat penonton untuk menonton sesuatu filem atau drama. Selain wajah yang cantik dan gaya yang seksi, lakonan yang mantap akan memberi kesan kepada kejayaan sesuatu filem itu.


Adakah anda mengenali kebanyakan pelakon wanita Malaysia?


Download & jawab...


pelakon wanita

Tuesday 26 June 2012

Band Muzik Malaysia



Antara penyanyi solo dan kumpulan band, ramai yang menyukai dan meminati kumpulan band. Banyak kumpulan band telah mewarnai dan menyemarakan industri muzik Malaysia hingga kini. Antara kumpulan band muzik yang paling popular di Malaysia ialah Search & Wing.


Adakah anda mengenali semua kumpulan band muzik Malaysia?


Download & jawab.


Selamat mencuba & semoga berjaya.


Band Muzik

Kuala Lumpur



Seni bina Kuala Lumpur merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham Melayu Islam, seni bina moden dan pascamoden. Sebagai sebuah bandar yang agak muda berbanding ibu kota lain di Asia Tenggara seperti BangkokJakarta dan Manila, kebanyakan binaan kolonial di Kuala Lumpur dibina sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Binaan-binaan ini memperlihatkan gaya seni bina MoorTudorNeo-Gothik atau Yunani-Sepanyol. Kebanyakan penggayaannya adalah terubah suai agar memanfaatkan sumber tempatan dan sesuai dengan iklim tempatan yang panas dan lembap sepanjang tahun.


Kenalilah nama bangunan atau binaan yang terdapat di Kuala Lumpur.


Download & Jawab.


Kuala Lumpur

Filem Malaysia 80an


Pada dekad 80an menyaksikan pembikin filem Malaysia telah melahirkan lebih kurang seratus filem. Hero-hero yang mendominasi waktak utama ketika dekad itu adalah seperti AR Badul, Mr OS, Jins Samsudin, Jamal Abdillah, Azmil Mustafa dan lain-lain.


Apabila menonton kembali filem 80an, kenangan ketika itu terimbau kembali bagi sesiapa yang membesar ketika dekad itu.


Adakah anda mengetahui judul-judul filem Malaysia 80an?


Download & jawab. 


Filem 80an

P. Ramlee



Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri, pada tarikh 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri iaitu Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.


Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Kebangsaan Francis Light. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.

Anda peminat P. Ramlee? pasti tahu kebanyakan filem lakonan atau arahan beliau.

Semoga dpt jawab semua...



P. Ramlee

EURO 2012



Quiz khas sempena EURO 2012.


Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2012, ataupun Euro 2012, merupakan temasya Kejohanan Bola Sepak Eropah ke-14 buat pasukan bola sepak kebangsaan yang dianjurkan oleh UEFA. Kejohanan akhir diadakan oleh negara Poland dan Ukraine mulai 8 Jun hingga 1 Julai 2012. Inilah kali pertama setiap negara ini menjadi tuan rumah temasya ini, setelah bidaan kedua-dua negara dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada tahun 2007.


Peminat-peminat tegar bolasepak pasti dapat menjawab..

Selamat menjawab.

Download & jawab..



EURO 2012

Monday 25 June 2012

Kuih Muih Malaysia


Kuih muih adalah sejenis makanan yang biasa dimakan pada waktu pagi atau petang. Terdapat pelbagai jenis kuih muih di Malaysia yang mempunyai rasa, bentuk dan warna yang berlainan yang menambahkan keunikan  tersendiri.
Tidak semua orang yang pernah memakan dan tahu nama kuih muih yang terdapat di Malaysia.
Untuk menguji pengetahuan tentang kuih...

Sila download & jawab excel quiz di bawah...
Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Buah-buahan Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa. Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika. Buah-buahan di Malaysia boleh dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis buah-buahan yg berbeza dari segi bentuk, warna, rasa dan khasiat. Tidak semua orang yang mengenali nama semua buah-buahan itu.

Untuk mengetahui tahap pengetahuan tentang nama buah-buahan di Malaysia, silalah download Excel quiz di bawah dan namakan buah-buahan yang tertera.
Selamat mencuba! semoga berjaya!.


First step.

Salam.


Zaman skrg nie semua org ade blog... Aku pun dah lama gak nak buat blog. Tapi tak tau nak masukkan ape dlm  tu nanti.. Kalau update aktiviti harian... mcm tak menarik.. hari-hari pergi kerja dan balik kerja. Kalau tulis kisah  orang lain... nanti salah tulis kena saman lak. Kalau copy paste jer artikel org lain... mmg senang punya kerja tapi tak bagus la macam tu. So aku kena ade originaliti sendiri...


Untuk blog aku nie... lebih tertumpu pada kuiz utk menguji dan menambah pengetahuan. Bagi sesiapa yang menjawab dgn betul tu... aku takde hadiah material nak bagi... cuma aku harap korang dapat keseronokan, kegembiraan, pengetahuan meningkat dan apa2 yang menambah nilai.


Tolong bagitau kengkawan pasal blog nie... 


ok.ka.


Selamat berkenalan & selamat mencuba.