Tuesday 26 June 2012

Band Muzik Malaysia



Antara penyanyi solo dan kumpulan band, ramai yang menyukai dan meminati kumpulan band. Banyak kumpulan band telah mewarnai dan menyemarakan industri muzik Malaysia hingga kini. Antara kumpulan band muzik yang paling popular di Malaysia ialah Search & Wing.


Adakah anda mengenali semua kumpulan band muzik Malaysia?


Download & jawab.


Selamat mencuba & semoga berjaya.


Band Muzik

Kuala Lumpur



Seni bina Kuala Lumpur merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham Melayu Islam, seni bina moden dan pascamoden. Sebagai sebuah bandar yang agak muda berbanding ibu kota lain di Asia Tenggara seperti BangkokJakarta dan Manila, kebanyakan binaan kolonial di Kuala Lumpur dibina sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Binaan-binaan ini memperlihatkan gaya seni bina MoorTudorNeo-Gothik atau Yunani-Sepanyol. Kebanyakan penggayaannya adalah terubah suai agar memanfaatkan sumber tempatan dan sesuai dengan iklim tempatan yang panas dan lembap sepanjang tahun.


Kenalilah nama bangunan atau binaan yang terdapat di Kuala Lumpur.


Download & Jawab.


Kuala Lumpur

Filem Malaysia 80an


Pada dekad 80an menyaksikan pembikin filem Malaysia telah melahirkan lebih kurang seratus filem. Hero-hero yang mendominasi waktak utama ketika dekad itu adalah seperti AR Badul, Mr OS, Jins Samsudin, Jamal Abdillah, Azmil Mustafa dan lain-lain.


Apabila menonton kembali filem 80an, kenangan ketika itu terimbau kembali bagi sesiapa yang membesar ketika dekad itu.


Adakah anda mengetahui judul-judul filem Malaysia 80an?


Download & jawab. 


Filem 80an

P. Ramlee



Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri, pada tarikh 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri iaitu Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.


Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Kebangsaan Francis Light. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.

Anda peminat P. Ramlee? pasti tahu kebanyakan filem lakonan atau arahan beliau.

Semoga dpt jawab semua...



P. Ramlee

EURO 2012



Quiz khas sempena EURO 2012.


Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2012, ataupun Euro 2012, merupakan temasya Kejohanan Bola Sepak Eropah ke-14 buat pasukan bola sepak kebangsaan yang dianjurkan oleh UEFA. Kejohanan akhir diadakan oleh negara Poland dan Ukraine mulai 8 Jun hingga 1 Julai 2012. Inilah kali pertama setiap negara ini menjadi tuan rumah temasya ini, setelah bidaan kedua-dua negara dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada tahun 2007.


Peminat-peminat tegar bolasepak pasti dapat menjawab..

Selamat menjawab.

Download & jawab..



EURO 2012

Monday 25 June 2012

Kuih Muih Malaysia


Kuih muih adalah sejenis makanan yang biasa dimakan pada waktu pagi atau petang. Terdapat pelbagai jenis kuih muih di Malaysia yang mempunyai rasa, bentuk dan warna yang berlainan yang menambahkan keunikan  tersendiri.
Tidak semua orang yang pernah memakan dan tahu nama kuih muih yang terdapat di Malaysia.
Untuk menguji pengetahuan tentang kuih...

Sila download & jawab excel quiz di bawah...
Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Buah-buahan Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa. Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika. Buah-buahan di Malaysia boleh dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis buah-buahan yg berbeza dari segi bentuk, warna, rasa dan khasiat. Tidak semua orang yang mengenali nama semua buah-buahan itu.

Untuk mengetahui tahap pengetahuan tentang nama buah-buahan di Malaysia, silalah download Excel quiz di bawah dan namakan buah-buahan yang tertera.
Selamat mencuba! semoga berjaya!.


First step.

Salam.


Zaman skrg nie semua org ade blog... Aku pun dah lama gak nak buat blog. Tapi tak tau nak masukkan ape dlm  tu nanti.. Kalau update aktiviti harian... mcm tak menarik.. hari-hari pergi kerja dan balik kerja. Kalau tulis kisah  orang lain... nanti salah tulis kena saman lak. Kalau copy paste jer artikel org lain... mmg senang punya kerja tapi tak bagus la macam tu. So aku kena ade originaliti sendiri...


Untuk blog aku nie... lebih tertumpu pada kuiz utk menguji dan menambah pengetahuan. Bagi sesiapa yang menjawab dgn betul tu... aku takde hadiah material nak bagi... cuma aku harap korang dapat keseronokan, kegembiraan, pengetahuan meningkat dan apa2 yang menambah nilai.


Tolong bagitau kengkawan pasal blog nie... 


ok.ka.


Selamat berkenalan & selamat mencuba.